Renungan Pembaca
ABIM akan keluar dari parti Keadilan
Oleh Baba Haizal Baba Zain
Begitulah kemelut yang melanda Parti Keadilan , satu demi satu pemimpin dan
ahli-ahlinya telah mula meninggalkan parti yang kian rapuh ini . ABIM hanya
perlu menyalahkan diri sendiri kerana amat rakus didalam membolot dan merebut
kuasa sewaktu berkuasa di Dalam Parti tesebut .
Itulah juga yang dilakukan oleh ABIM ketika di dalam UMNO ! Apabila mereka tiada kuasa didalam UMNO mereka berpakat untuk meninggalkan umno dan kini pula kerana kekurangan kuasa jugalah mereka ingin tinggalkan keadilan . ABIM hanya mahukan Kuasa dan bersikap " Power Crazy" dan itulah sebenarnya titik bermulanya kehancuran Keadilan .
Abim yang diketuai oleh Anuar Tahir kini sedang membuat persiapan untuk meninggalkan Keadilan
buat selama-lamanya , ia juga adalah berpunca dari desakan dan tekanan yang dilakukan oleh 2 pihak dalam dan luar parti itu sendiri iaitu para Reformis
dan JIM( Jemaah Islam Malaysia) .
Abim merupakan nadi dibelakang kekuatan Parti Keadilan , Menurut encik Isa dari kelompok Bunga Raya Keramat( agen Insuran Takaful)beliau sendiri teramat sedih dan kecewa dengan perkembangan yang berlaku dan menasihatkan supaya Parti Keadilan eloklah dikapankan secepat mungkin jika ABIM keluar .
Kekuatan keadilan kini berada di tahap kritikal dan akan rebah mencium bumi pada bila-bila masa sahaja lagi .
Laungan Anwar Ibrahim sudah tidak kedengaran dan lemah longlai dan bukan lagi menjadi wadah perjuangan Keadilan . Nampaknya Parti setahun jagung ini akan rebah lebih cepat dari
umur Semangat 46 itu sendiri.
Sama-samalah kita doakan supaya ahli-ahli Parti Keadilan Bangsa Melayu dan
Bumiputra semoga kembali ke UMNO kerana UMNO sahajalah Benteng Terakhir
untuk bangsa kamu yang bernama Melayu itu .